merempit ke bank persatuan

Friday, December 31, 2010


smlm aku merempit dari puutrajaya ke jalan raja abdullah.. sbb nak ke bank persatuan..
tahu ke bank persatuan tuh apa.. bank tak glamer.. rata2 kenkawan aku pong tak pasan bank persatuan neh.. tp sifu2 yg bijak invest duit neh dah tau lama dah.. ekekee..

smlm che mat .. kawan ofis aku lastminit (kol 4 ptg tepatt) transfer by bank islam ke bank persatuan.. cash ada.. dok peram dlm saving acc pasai apa che mat woii..

smlm hari last penjualan syer bank persatuan 10k.. utk tahun depan had sampai 2k shj.. pepagi smlm call hq yang bgtau smlm last day sbb hari neh coti.. soooo langkah seribu kene g kl gak.. rempit ngn laki aku skali p sana.. invest yang neh utk cash flow jer.. long term still EMAS yang terbaik.. so sesapa ada cash lebih 2k tuh still boleh masuk lagi ke bnk psatuan neh yang menawarkan pulangan lebih dari asb.. ** term and condition apply..ekekeke

bawah neh ada maklumat lanjut pasal had bank persatuan:

Anggota Lembaga Bank Persatuan melalui mesyuaratnya pada 28 Disember 2010 telah meluluskan pindaan had maksimum tambahan pelaburan syer yang baru berkuatkuasa pada 1 Januari 2011 sebagaimana berikut:-


1. Had Pelaburan Syer Anggota Sedia Ada

Anggota sedia ada dibenarkan melakukan bayaran tambahan syer keanggotaan masing-masing berdasarkan had baru seperti berikut:-

i. Anggota individu sehingga RM 2,000.00
ii. Anggota Koperasi sehingga RM 20,000.00

Penambahan jumlah syer anggota-anggota sedia ada berdasarkan had maksimum di atas adalah merupakan peruntukkan had maksimum yang baru mulai 1 Januari 2011 dan tidak mengambil kira sebarang jumlah penambahan syer yang telah dilakukan oleh anggota tersebut sebelum tarikh di atas.

2. Had Pelaburan Syer Keanggotaan Baru

Semua permohonan keanggotaan baru Bank Persatuan mulai 1 Januari 2011 hanya dibenarkan membuat pelaburan syer keanggotaan sehingga had maksimum seperti berikut:-

i. Anggota Individu sehingga RM 2,000.00
ii. Anggota Koperasi sehingga RM 30,000.00

Had maksimum pelaburan syer keanggotaan Bank Persatuan di atas adalah tertakluk kepada perubahan dari semasa ke semasa oleh Anggota Lembaga Bank Persatuan

Sumber: Laman Web BP

0 comments: