stok ambilan

Tuesday, February 22, 2011

petang tadi lari sat p publicgold.. amek stok .. pengoderan keramaian.. kemalasan kenaktungguan kebanyakkan.. kegilaann kekeke anananan...

setelah tunggu 2,3 hari, keje dok fax bank slip ke sana.. lalu aku pun p amek lah.. nasibaik ari neh tak ramai org.. tak der lah lama nor aku tggu kat sana.. stendetlah public gold kan.. ofis xbukak lagik org dah beratur amek stok..



ada majalah public gold lah.. aku tak beli pong majalah tuh.. sesambil tunggu dok tgk citer mr bean.. ramai org yg dok q tuh aku tgk berketul2 gold nyer.. murah rezeki nyer.. tak kurang gak ramai mcm aku larik dari ofis skjp.. ada yg fulltime tuh pakai selipar jepun jer dtg.. tp bawak gold nyer mak aiii genggam 2 tangan xcukup.. hebat hebat.. org melayu lak tuh.. baguihlah kesedaran beli emas dikalangan melayu neh.. kagum aku.. ko ada???? wakakakak..




antara stok yang diambil.. alhamdulillah.. esok dah ble split.. aku malas nak simpan lelama reta org neh.. oh yer aku dah dpt sijil orientation dealer..



jom join saya beli emas.. call now 0192690712

emas dan aku part 2

wahh lama aku tak update kebizian sikit.. aku nak sambung balik kisah aku ngn emas..


sesapa yg kenal aku mmg tau aku dok skali ngn mak mertua aku (serumah).. aku ngn MIL ok jer.. cuma kenkadang jer lah.. ada angin pasang surut.. sedangkan lidah lagik tergigit kan..

ok MIL aku neh jenis suka emas..well sapa yg xminat emas kan.. especially org tua kan.. mcm mak aku gak.. MIL aku neh jenis penyimpan emas gak.. tp dia simpan emas pakai lah.. kalo time kenduri tuh dia pakai lah segala emas tuh.. MIL aku neh ada kedai favourite dia.. salah satu kedai wah chan di sekitar kl.. org wah chan tuh mmg kenal sgt ngn MIL aku neh.. even aku kawin pong org wah chan dtg.. gaggaga.. oo kawin arituh aku pong dpt gak gift dari wah chan.. cuma time aku dtg ke sana tuh ofkos dia tak leh nak cam muka aku.. sbb muka n badannnn aku dah lain dah masa time kawin tuh ngn time skrg neh.. teramat lain lah.. kembang sana sini tak surut2..

ada hari tuh aku p kat wah chan tuh sajer jer sambil lalu2.. aku tgk rega semasa 157 tak silap aku.. rega vip 147.. then aku sesaja p borak ngn org wah chan tuh..

hai A, sy neh anak kak S,
oo mana kak S?
jaga cuculah..
sajer tgk emas neh..
oo.. rega kak S, sy bagi lain..
brapa??
135
wahhhhh (sambil mata aku berkilauan2)
kak S ada yg neh.. yg neh.. yg neh.
bla bla..

aku balik dari kedai tuh aku jadik giler.. aku tnya ngn MIL aku.. dia ckp time dia beli dulu 44/gram jer.. aku macammmmm.. wahhhhhhhhhhhhhhhh...

start hari tuh aku jadik giler tak tentu hala dok studi pasal emas..
nak nak plak jumpa ngn public gold.. lepas tuh ngn jualan emas secara online..
lepas tuh sikit demi sikit duit aku tukar pada emas..
last skali nekad nak join public gold..
itu lah citer nyer mcmana aku minat ngn emas..
aku mayb terlambat lah.. dah nak masuk umo 30 baru nak minat emas..
baru nak terhegeh2 beli emas..dan baru mampu beli emas.. itu yg penting..
so sapa2 diluar sana.. anda tak pernah terlambat utk beli emas..
simpanlah emas fizikal skrg..


sedikit ilmu utk kongsian

Wednesday, February 9, 2011

APA ITU KARAT ( K ) ?
KARAT adalah standard atau ukuran lama ketulenan emas.
24 K (Karat) adalah dikenali sebagai Emas Tulen.
STANDARD KETULENAN EMAS BARU
  • 999 Emas Tulen 99.9% kandungan emas. Dikenali sebagai Emas Kertas / Emas Sepuluh / Chuk Kam 24K mengikut ukuran lama
  • 950 Emas Kelantan atau Emas 9½
  • 916.6 Emas Singapura 22K mengikut ukuran lama
  • 875
  • 835
  • 750 18K mengikut ukuran lama
  • 585 14K mengikut ukuran lama
  • 375 SUASA – 9K mengikut ukuran lama
Emas 900 ( atau Emas Sembilan ) dan Emas 800 ( atau Emas Paun ) tidak lagi wujud

CARA MENGUKUR STANDARD KETULENAN
KARAT X 100 = STANDARD KETULENAN 24 CARA MENGUKUR KARAT
STANDARD KETULENAN X 24 = KARAT 1000
Contoh Pengiraan :

Standard Ketulenan Emas 750 ppt ( parts per thousand ) adalah bersamaan 18K (karat). 750 X 24 = 18K 1000
TAKRIF KETULENAN
Ketulenan ialah bahagaian logam berharga di dalam aloi ( campuran lebih daripada satu logam ). Ia mengambarkan tahap keaslian kandungan logam yang menjadi asas dalam pembuatan sesuatu barang samada daripada emas, perak atau platinum

PENGUJIAN KETULENAN ( ASSAYING )
Pengujian ketulenan atau lebih biasa dikenali sebagai “ assaying “ adalah penentuan kandunganlogam berharga sebenar dalam aloi secara saintifik. Penentuan ini adalah dibuat oleh pihak ketiga yang tiada kepentingan dalam perniagaan barang-barang logam berharga. Dalam menjalankan penentuan secara saintifik ini, pejabat-pejabat pengujian ketulenan ini perlu mematuhi standard-standard Malaysia yang ditetapkan oleh SIRIM. Kandungan logam berharga sebenar yang ditetapkan kemudian ditanda sebagai STANDARD KETULENAN pada barang yang telah diuji

STANDARD KETULENAN YANG DITETAPKAN OLEH KERAJAAN
Di bawah peraturan-peraturan Perihal Dagangan ( Artikel-artikel yang dibuat dari bahan berharga ) 1994, barangan yang diperbuat daripada logam berharga hendaklah diperbuat dengan mematuhi standard ketulenan yang telah ditetapkan. Standard ketulenan hendaklah dicap atau diukir di barangan berkenaan.Standard ketulenan bagi emas hendaklah dicap atau diukir dalam tiga angka seperti 950, 916 ataupun 870. Cap atau ukir boleh digunakan di dalam bentuk empat segi

PENANDAAN STANDARD KETULENAN
Barang-barang yang diwajibkan penandaan. Barang-barang yang diperbuat daripada logam berharga wajib ditanda dengan standard-standard ketulenan seperti yang dinyatakan dengan SAIZ PENANDAAN TIDAK KURANG DARIPADA 0.6 mm.
Pengecualian diberi bagi 916.6 yang ditanda sebagai 916 sahaja. Disamping itu tanda-tanda lain seperti cap dagangan pembuat dan “ assaying office “ adalah dibenarkan. Walaupun penandaan standard ketulenan dengan nilai karat ( K ) tidak diperlukan di bawah peraturan-peraturan Perihal Dagangan 1994, tetapi penandaan tersebut dibolehkan bagi tujuan maklumat tambahan pembeli . Penandaan lambang pembuat, pejabat uji tulen dan tarikh dibenarkan walaupun tidak diwajibkan

PENGGUNAAN SADURAN ( PLATING )
Apabila sesuatu barang disadurkan dengan emas, perak atau platinum perkatan disadur ( PLATED )perlu dinyatakan terang sekurang-kurangnya sama besar dengan perkataan emas, perak atau platinum yang dicap pada barangan tersebut. Penandaan standard ketulenan tidak dibenarkan dicap atau diukir pada mana-mana bahagian barang-barang yang disadur. Contohnya disadur emas ( gold plated ) adalah dibenarkan tetapi penandaan disadur emas 22K ( 22K gold plated ) TIDAK DIBENAR kan

PENGECUALIAN DARI PENANDAAN
Pengecualian dari penandaan diberi kepada barang-barang yang terlalu kecil atau nipis dan berat yang kurang daripada 1.5 gram.

PENGECULIAN DARIPADA PERATURAN-PERATURAN INI
Duit syiling , barangan yang digunakan bagi keperluan perubatan, pergigian, vaterinar, saintifik atau perindustrian , benang emas ,bahan mentah ( termasuk jongkong, tali kelat, keranjang, plat ,wayar, kepingan atau tiub ) atau bullion dan barang-barang emas,perak dan platinum yang diperbuat sebelum 1hb.Ogos,1995