kenapa publicgold?

Sunday, January 23, 2011

Kenapa Emas Public Gold ? Keluaran lain tak bolehkah ?


Jadi sebagai jawapan mudahnya begini, apakah matlamat utama kita semua membuat simpanan atau pelaburan dalam bentuk emas?

1. Simpan emas untung sebab emas naik harga.
2. Kurang risiko kerugian.
3. Lebih untung kalau disimpan lebih lama.
4. Boleh disandarkan ( pajak ) bila terdesak untuk guna wang.

Daripada jawapan yang kita terima itu nampaknya semua simpan atau labur sebab nak untung lagi tinggi lagi bagus. Ok mari kita lihat kelebihan-kelebihan emas Public Gold dan Public Dinar untuk pengetahuan tambahan kita semua.

Public Gold merupakan pengeluar produk Jongkong Emas pertama Malaysia yang mana telah pun menerima pengiktirafan daripada Malaysia Book Of Record sebagai “First Locally Manufactured Certified Gold Bullion Bar ”

1. Konsep yang terbaik iaitu menjual emas pelaburan dalam bentuk bullion bar ( jongkong) berketulenan 999.9 ( 24 Karat ), Public Dinar ketulenan 916, dan juga barang kemas Public Jewellery yang tiada kos workmanship .

2. Bagi mereka yang menjadi Dealer/Agen Public Gold setiap belian akan dapat komisen 1.5% manakala bagi setiap jualan emas balik kepada syarikat, ia akan mendapat 0.3 %. Manakala margin antara jual beli antara 5 -- 6 % sahaja sememangnya menguntungkan.

3. Stok emas Public Gold yang sentiasa ada kerana Public Gold mempunyai kilangnya sendiri yang terletak di dalam negara. Jadi sekiranya anda ingin membuat tempahan tidak kira bila masanya anda akan mendapat stok anda walau harga sedang tinggi atau ketika harga rendah, sedangkan terdapat emas dari keluaran lain yang anda dapat membeli ketika harga tinggi tetapi ketika harga rendah tiada stok pula.

4. Setiap produk Public Gold terdapat sijil pengesahan yang dikeluarkan oleh Assayer yang bertauliah ( Assayer adalah badan bertauliah yang menguji ketulenan emas sebelum mengeluarkan sijil ) jadi tiada keraguan emas yang anda dapat itu emas palsu.

5. Harga jongkong emas yang ditawarkan juga lebh murah ( sekitar RM5 -- RM13/gm ) berbanding yang dijual di kedai emas. Anda boleh buat sendiri pebandingan sebelum membuat keputusan membeli.

6. Spread harga jualan dan belian yang kecil iaitu diantara 5 -- 6 % sahaja berbanding jongkong emas lain yang mana jika anda membuka plastik pembalutannya pun sudah dipotong kadarnya.

7. Mempunyai agen di seluruh negara, yang mana anda boleh merujuk dengan agen yang berhampiran anda untuk membuat tempahan. Senarai agen boleh didapati dalam website publicgold.com.my.

8. Public Gold memberi jaminan membeli balik produknya yang ada kesan bengkok, tergores, calar dan kemek asalkan beratnya tidak hilang. Ini penting bagi mereka yang selalu menggunakan perkhidmatan Ar-Rahnu.

9. Emas Public Gold boleh dipajakkan atau digadaikan di Ar-Rahnu untuk mendapatkan tunai segera, disyorkan Ar-Rahnu Agrobank.

10. Juga menawarkan peluang untuk menjadi Agen kepada mereka yang berminat untuk berniaga emas di samping melabur.

Sekian untuk kali ini, berjumpa lagi utntuk artikel seterusnya nanti.




Membeli dan menyimpan gold bar/bullion





Salam sejahtera kepada semua pembaca.

Antara pelaburan emas terbaik ialah dengan membeli gold bar (atau dipanggil bullion). Kalau dalam bahasa Melayu dipanggil jongkong emas.

Berdasarkan suryey saya di kedai emas, bank dan sekitar Malaysia, terdapat 3 jenis gold bar yang popular dan boleh anda beli iaitu:

1. PAMP Suisse gold bar
2. Poh Kong Bunga Raya gold bar
3. Public Gold gold bar

Mari lihat satu persatu.

1. PAMP Suisse gold bar.

PAMP ini adalah singkatan bagi (Produits Artistiques Métaux Précieux) (artistic, precious metals products).

PAMP yang berpengkalan di Switzerland merupakan salah sebuah syarikat yang terkemuka dunia dalam menulenkan logam berharga dan mengeluarkan produk-produk daripada logam-logam berharga seperti perak, emas, platinum dan palladium.

Laman web syarikat ini ialah http://pamp.com/main.htm

Emas keluaran PAMP ini diiktiraf mutu, kualiti dan ketulenannya di seluruh dunia. Maklumlah, made is Swiss. Cuba search dalam google berkenaan PAMP Suisse gold dan anda akan dapati banyak gambar-gambar emas keluaran PAMP. Gold bar PAMP senang dijual beli di mana-mana negara di seluruh dunia. Kesemua gold bar PAMP mempunyai nombor siri dan juga sijil ketulenan (Assay certificate).

Di Malaysia, terdapat 2 bentuk gold bar PAMP yang dijual:

1. PAMP Suisse gold bar 100 gram dengan sijil ketulenan warna pink.


PAMP gold bar 100 gram

Klik gambar untuk besarkan, jangan rambang mata sudah ler :)

PAMP gold bar close up
Klik untuk besarkan, jangan rambang mata sudah ler :)
.

Gold bar nie boleh dibeli kat Habib Jewel, Etika Emas, UOB Bank dan kedai emas tertentu.

Ketulenan emasnya ialah 24K (999.9)

Memandangkan harganya yang tinggi, maka tak banyak kedai emas yang jual gold bar 100 gram nie.

Emas nie sesuai untuk buat pelaburan dengan cara beli dan simpan. kalau boleh 3 tahun ke atas. kalau boleh simpan lebih 10 tahun, lebih baik.

Kebaikan:

1. Emas PAMP Suisse terkenal di seluruh dunia. Boleh dijual beli di seluruh dunia.
2. Ada sijil ketulenan dan nombor siri
3. Kualiti emas 24K, 999.9

2. PAMP Suisse gold bar dalam plastik biru.


PAMP Suisse gold bar dalam plastik biru

Antara bentuk lain gold bar PAMP suisse ialah seperti di atas.

Gold bar nie boleh di dapati di kedai emas biasa, tapi anda kena tanya.

Kalau kat Melaka emas PAMP Suisse boleh dibeli di Kedai Emas Poh Win, Melaka Mall, kat Mahkota Parade pun ade. Antara saiz yang boleh didapati ialah 10 gram, 20 gram, 31.10 gram, 50 gram dan 100 gram.


Gold bar PAMP suisse kat kedai emas Poh Win, Melaka

Emas nie dibalut dalam bekas plastik yang keras, tujuannya ialah untuk melindungi emas kat dalam tu. Jadi anda tak boleh nak buka dan pegang emas tu. So, tengok dari luar ajelah. Kalau nak buka jugak kena toreh dengan pisau ler jawabnya :)

2. Poh Kong gold bar (Bunga Raya).

Jika anda mengunjungi kedai Emas Poh Kong, mereka juga ada menjual gold bar keluaran mereka sendiri yang dinamakan Bunga Raya gold bar.

Gold bar ini boleh didapati di dalam berat 1 gram, 5 gram, 10 gram, 20 gram, 50 gram dan 100 gram.


Jongkong Emas Poh Kong Bunga Raya.
.

By the way, ini website kedai emas Poh Kong http://www.pohkongjewel.com/

Emas nie kualitinya 24K, 999.9 . So memang tulen. Tapi dari segi popular, emas Poh Kong Nie kurang terkenal berbanding PAMP Suisse.

Kalau anda nak jual kembali emas nie kepada Poh Kong, Biasanya mereka akan tolak 15% ke 18% dari harga emas semasa.

3. Gold bar Public Gold.

Public Fine Gold International Gold Sdn. Bhd. (Public Gold) merupakan sebuah syarikat di Malaysia yang menawarkan gold bar untuk tujuan pelaburan.

Syarikat yang berpusat di Bukit Jambul, Pulau Pinang ini mengeluarkan gold bar dan syiling emas atas jenama Public Gold.

Untuk gold bar, saiz yang ditawarkan mereka ialah 20 gram, 50 gram dan 1 kilogram. Kualiti emas ialah 24K (999.9)

Laman web Public Gold boleh dilawati di www.publicgold.com.my

Saya telah mengunjungi ibu pejabat Public Gold untuk mendapatkan maklumat dan melihat sendiri gold bar keluaran mereka.

Ini gambar gold bar Public Gold:


Gold bar 20 gram dan 50 gram Public Gold
.

Gambar belakang gold bar

dipetik dari jutawanemas.com

0 comments: