masuk paper lagik

Friday, December 31, 2010


public gold masuk paper lagik.. dah terbukti .. terpampang luas.. celik lah kawan2 ku..
mari bersama2 kumpul emas.. beli public gold dengan saya.. masa tuh emas.. tp anda tidak pernah terlewat utk beli emas.. oleh itu, bertindak skrg.. tukar simpanan ke bentuk emas fizikal.. bertindak sekarang..sy dah buat.. anda bila lagik?? (ayat mcm MLM hehehe.. public gold bukan MLM yer..)

merempit ke bank persatuan


smlm aku merempit dari puutrajaya ke jalan raja abdullah.. sbb nak ke bank persatuan..
tahu ke bank persatuan tuh apa.. bank tak glamer.. rata2 kenkawan aku pong tak pasan bank persatuan neh.. tp sifu2 yg bijak invest duit neh dah tau lama dah.. ekekee..

smlm che mat .. kawan ofis aku lastminit (kol 4 ptg tepatt) transfer by bank islam ke bank persatuan.. cash ada.. dok peram dlm saving acc pasai apa che mat woii..

smlm hari last penjualan syer bank persatuan 10k.. utk tahun depan had sampai 2k shj.. pepagi smlm call hq yang bgtau smlm last day sbb hari neh coti.. soooo langkah seribu kene g kl gak.. rempit ngn laki aku skali p sana.. invest yang neh utk cash flow jer.. long term still EMAS yang terbaik.. so sesapa ada cash lebih 2k tuh still boleh masuk lagi ke bnk psatuan neh yang menawarkan pulangan lebih dari asb.. ** term and condition apply..ekekeke

bawah neh ada maklumat lanjut pasal had bank persatuan:

Anggota Lembaga Bank Persatuan melalui mesyuaratnya pada 28 Disember 2010 telah meluluskan pindaan had maksimum tambahan pelaburan syer yang baru berkuatkuasa pada 1 Januari 2011 sebagaimana berikut:-


1. Had Pelaburan Syer Anggota Sedia Ada

Anggota sedia ada dibenarkan melakukan bayaran tambahan syer keanggotaan masing-masing berdasarkan had baru seperti berikut:-

i. Anggota individu sehingga RM 2,000.00
ii. Anggota Koperasi sehingga RM 20,000.00

Penambahan jumlah syer anggota-anggota sedia ada berdasarkan had maksimum di atas adalah merupakan peruntukkan had maksimum yang baru mulai 1 Januari 2011 dan tidak mengambil kira sebarang jumlah penambahan syer yang telah dilakukan oleh anggota tersebut sebelum tarikh di atas.

2. Had Pelaburan Syer Keanggotaan Baru

Semua permohonan keanggotaan baru Bank Persatuan mulai 1 Januari 2011 hanya dibenarkan membuat pelaburan syer keanggotaan sehingga had maksimum seperti berikut:-

i. Anggota Individu sehingga RM 2,000.00
ii. Anggota Koperasi sehingga RM 30,000.00

Had maksimum pelaburan syer keanggotaan Bank Persatuan di atas adalah tertakluk kepada perubahan dari semasa ke semasa oleh Anggota Lembaga Bank Persatuan

Sumber: Laman Web BP

wah chan im coming


okay aku ada cerita disebalik wah chan..
wah chan yg buat aku stat minat emas neh..
memecah tradisi idop aku.. nanti aku citer kan..

tp hari neh dengan oficialnya aku beli satu dari wah chan..
aku beli rantai tangan mak aku.. tercapai hasrat aku nak beli rantai tangan
utk ibu aku.. alhamdulillah.. beli yang stendet jer .. design org tua2.. (baru beli emas kat mak pong kecohkan!!!sukati lah blog aku.. gagaagag)

lihat lah bulan itu

Wednesday, December 29, 2010

wah.. naik gile 2,3 minggu neh dok follow rega mas naik turun..
sakit ati pong ada.. NAPA LAH AKU TAK BELI DULU LAGIK.
dok tgk naik turun naik turun .. beli dak lagik..
wahahahaha..

yang neh kompom aku lock dah neh.. hehehe
balik pada soklan stendet manusia lalai mcm aku neh..
NAPA LAH AKU TAK BELI DULU LAGI EMAS neh..
sbnrnyer tak der guna kalo dok nyesal lelama.. ada duit tukar jer emas.
simpan sikit utk kecemasan jer.. yg lain utk masa depan beli jer emas..
asb pong sikit nor..tak yah nak nyesal lelama.. bertindakkkk sekaranggg
beli emas skrg omei.. gagagaga

keratan akhbar pelaburan emas

Tuesday, December 28, 2010

baru jer balik dari kampung setelah bercuti seminggu.. seminggu dok sajer kat umah sambil dak usha usha rega mas kat kampung.. aku p kedai mas kazen bapak aku.. rega murah.. cuma design tua2 sket.. tak bape berkenan.. kedai dia tak jual emas ketul..

dalam pada tuh aku dok usha tempat2 nak invest kat kampung aku neh.. kebetulan umah kg aku dekat dgn poli n kolej komuniti.. mmg rega naik mencanak.. mak aku soh beli buat umah sewa.. tp aku dok pk kat puncak alam lagik untung.. insyaAllah..

ada beberapa ketul keratan akhbar pasal emas neh.. suma nyer aku gugle jer.. amek dari blog2 sifu.. ampungg..


Dinar emas lebih baik - HARIAN METRO


1 DINAR

KUALA LUMPUR: Perdagangan pada peringkat antarabangsa kini sepatutnya sudah beralih kepada penggunaan dinar emas berikutan nilai dolar AS yang semakin merosot.
Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dalam ucaptamanya berkata, nilai emas tidak mudah turun menyebabkan nilainya lebih sesuai digunakan pada peringkat antarabangsa berbanding dolar Amerika.

“Emas memiliki nilai pertukaran yang lebih baik berbanding nilai tukaran wang kertas.

Sebelum ini, AS$35 bersamaan satu aun emas. Hari ini, satu aun emas bersamaan AS$1,400. Ini bermakna dolar AS sudah merosot. Inilah masalah yang dihadapi oleh mata wang yang nilainya merosot dengan pantas dan banyak tapi emas tiada susut nilai sedemikian. Jadi, apabila anda membeli dan menjual menggunakan dinar emas, anda mendapat nilai sebenarnya,” katanya.

“Saya akan terus menyarankan penggunaan emas dalam perdagangan antarabangsa dan emas juga adalah mod simpanan terbaik,” katanya kepada selepas menyampaikan ucaptama pada Persidangan Kewangan dan Ekonomi Islam Langkawi Kedua (2LIFE) di Kuala Lumpur, kelmarin.

emas dan aku - part 1

Thursday, December 16, 2010

dari kecik lagi aku dan adik beradik pompan aku tak diajar utk meminati emas.
tak pernah pong kitorg pakai emas dari kecik lagik sbb nye kitorg org susah.. dgn gaji bapak aku yg tak seberapa keje gomen nak sara bini dan 7 org anak kecik2. jarak pong rapat.. sedangkan makanan pong kene catu kan.. ini kan pula emas..

mcm tuh jugak dgn ibu aku.. aku tau dia suka emas... sbb dia dibesarkan dgn mewah oleh nenek ngn atuk aku.. tp since kawin ngn bapak aku neh.. aku nampak ibu aku agak sederhana dari adik beradik dia yg lain.. tak per berkorban utk besarkan anak2..

dulu aku pasan ada bapak aku beli emas utk ibu aku.. masa tuh aku form 3.. satu set rantai, gelang tangan dan cincin.. 2 tahun lepas tuh dah tak der.. kejap ada kejap tak der emas tuh.. baru aku tau ibu ngn bapak aku gadaikan emas tuh kalo terdesak.. sehingga lah aku sedar makin lama.. makin tak der emas tuh ibu aku pakai.. adalah tuh terdesak..

ibu ngn bapak aku jenis yg tak tunjuk susah mcm mak ayah org lain pong.. tp aku dah cukup besar utk tahu ibu ngn bapak aku susah..nanti aku sambung balik yer..

saya mula sekali lagi

Tuesday, December 14, 2010

ini blog yang ke 5 setelah 2 tahun berhenti berblog.

selama berhenti ini sy tidak menulis blog tapi byk kepada membaca blog org lps tuh ngomen manjang.. manusia biasalah..

so skrg neh ada hati nak berblog lagi,
harap2 tak hot2 chicken shit
insyaAllah